Bahan-bahan:
350gm Makaroni direbus
1 sudu lada boh
1 biji bawang besar ditumbuk halus
3 biji bawang putih ditumbuk halus
1 biji telur
1 batang hotdog dipotong dadu
Sos cili & sos tomato
Sos tiram
*Isi ayam dipotong dadu
*Lada banggali merah & kuning
Garam secukup rasa
P/s: *Sukatan penyediaan bahan ini disediakan mengikut citarasa masing-masing.
Minyak sedikit. Lada boh ditumis dengan bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam sehingga masak.
Kemudian, masukkan sos cili sedikit, sos tomato & sos tiram untuk mendapatkan kuah yang pekat. Masuk telur dan garam secukup rasa. Masukkan hotdog & lada banggali.
Akhirnya,masukkan makaroni sehingga rata & sedia di hidang.
Wahhh..nampak macam sedap je kan..hehehe...
Selamat Mencuba ;)