Sunday, September 28, 2014

Makaroni Goreng Pedas

Makaroni Goreng Pedas


Bahan-bahan:

350gm Makaroni direbus
1 sudu lada boh
1 biji bawang besar ditumbuk halus
3 biji bawang putih ditumbuk halus
1 biji telur
1 batang hotdog dipotong dadu
Sos cili & sos tomato
Sos tiram
*Isi ayam dipotong dadu
*Lada banggali  merah & kuning
Garam secukup rasa

P/s: *Sukatan penyediaan bahan ini disediakan mengikut citarasa masing-masing.



Minyak sedikit. Lada boh ditumis dengan bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam sehingga masak.


Kemudian, masukkan sos cili sedikit, sos tomato & sos tiram untuk mendapatkan kuah yang pekat. Masuk telur dan garam secukup rasa. Masukkan hotdog & lada banggali.

Akhirnya,masukkan makaroni sehingga rata & sedia di hidang.



Wahhh..nampak macam sedap je kan..hehehe...

Selamat Mencuba ;)


Wednesday, September 3, 2014

Terung Goreng Sambal

Terung Goreng Sambal


Bahan-bahan:
1) 1 biji bawang besar
2) 2 ulas bawang putih
3) sejemput ikan bilis
4) 1 batang terung saiz sederhana dipotong serong
5) 5 batang kacang panjang dipotong serong
6) 2 atau 3 sudu cili boh
7) gula & garam secukup rasa


Cara-cara:

1) Tumbuk bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.

2) Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau nya

3) Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.

4) Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda.

5) Akhir sekali, masukkan terung serta kacang panjang sehingga masak dan sedia untuk dihidang.


P/S:
*Bagi yang suka pedas boleh lah tambah sedikit lada basah bersama-sama bahan yang ditumbuk tadi.

*Terung juga boleh digoreng dengan sedikit kunyit terlebih dahulu.

*Kacang panjang boleh digantikan dengan sayur sawi atau sayur kegemaran anda yang lain.

Senang je kan..selamat mencuba ;)