Friday, June 21, 2013

Bubur Pulut Hitam





Bahan - bahan :
> 550 gram Beras Pulut Hitam
> 2 kotak kecil santan
> 2 helai daun pandan
> 2 cawan Air
> Gula pasir secukup rasa
> 1/2 sudu kecil garam


Cara - cara memasak :

1) Rendamkan beras pulut hitam semalaman supaya ia nya lembut & tidak memerlukan masa yang lama untuk ianya lembut semasa ia direbus.

2) Masukkan beras tersebut & air mengikut sehingga pulut lembut.















3) Masukkan gula, garam, daun pandan & santan, kacata sehingga ia mendidih.















4) Masak sehingga pekat mengikut keinginan anda & tambah air sekiranya ia nya terlalu pekat. Kemudian sedia untuk dihidang.


Hidangan tambahan :

1) 2 biji santan pekat di masak dengan sedikit garam & gula sehingga mendidih. Santan ini boleh di campurkan mengikut keinginan anda dengan hidangan bubur pulut hitam di atas semasa hendak di makan. Ianya untuk menambah rasa lemak nya bubur pulut hitam itu.

2) Durian juga boleh dimakan bersama dengan bubur pulut hitam yang telah siap bagi mendapatkan bubur pulut hitam berperisa durian.



P/s :
* Tambah air sekiranya bubur tersebut menjadi terlalu pekat.
* Gula pasir boleh digantikan dengan gula melaka bagi mendapatkan rasa kemanisan yang asli.


Resipi asli Chef Anum (Geng Bas Sekolah Cik Anum).

Selamat mencuba ya =)

Kangkung Goreng Belacan




Bahan - bahan :
> 2 ikat kangkung
> Garam secukup rasa


Bahan - bahan di tumbuk :
> 2 ulas bawang putih
> 3 ulas bawang merah
> 10 biji cili api merah
> 2 batang lada basah merah
> 1 inci belacan


Cara - cara memasak :
1) Panaskan minyak & tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau nya.
2) Masukkan garam secukup rasa.
3) Kemudian masukkan sayur kangkung yang telah dibasuh bersih sehingga separuh layu & boleh dihidang.


Selamat mencuba =)

Asam Pedas Daging Ala Tomyam




Bahan - bahan :
> 2 sudu besar minyak
> 2 batang serai
> 4 tangkai daun kesum
> 5 batang bendi
> 2 biji tomato (di potong 4)
> 1 kg daging dipotong dadu
> garam secukup rasa
> 1 cawan air asam jawa
. 2 cawan air

Bahan - bahan untuk di kisar:
> 10 batang lada kering
> 3 ulas bawang putih
> 3 ulas bawang merah

Cara - cara memasak:
1) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau nya.
2) Masukkan daging dan kacau rata.
3) Kemudian masukkan serai, daun kesum, air asam jawa & air dan masak sehingga daging empuk (tidak liat).
4) Masukkan bendi & masak sehingga mendidih.
5) Akhir sekali, masukkan tomato & garam secukup rasa.


Resipi asli Chef Sa'ri (Geng Bas Sekolah Cik Anum). Selamat mencuba =)

Wednesday, June 19, 2013

Mee Goreng Basah




Bahan - bahan :

> 5 sudu besar minyak masak
> 1kg mee kuning
> 6 ekor sotong saiz sederhana
> 1 cawan isi ayam
> 2 sudu besar kicap manis
> 1 sudu besar sos tiram
> 1/4 kobis
> 1 cawan kuah rebusan sup daging
> Garam secukup rasa




Bahan - bahan (dikisar) :
> 10 helai lada kering
> 4 ulas bawang putih
> 6 ulas bawang merah
> 1 sudu besar udang kering




Bahan-bahan hiasan (dihiris) :
> 4 helai daun bawang
> 2 helai daun sup


Cara - cara memasak :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

2) Masukkan isi ayam & sotong, dikacau rata. 

3) Masukkan air rebusan daging dan kacau sehingga mendidih.

4) Masukkan pula kicap manis & sos tiram. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

5) Masukkan mee kuning & kacau sehingga rata.

6) Akhir sekali masukkan kobis & kacau rata. Sedia untuk dihidang.

7) Hirisan daun bawang & daun sup boleh di taburkan di atas hidangan tersebut sebagai hiasan. 


P/s :
* Pastikan bahan kisar ditumis sehingga garing untuk mengurangkan rasa pedas & pijar.
* Isi ayam & sotong boleh ditukar ke bahan yang lain seeprti daging/udang mengikut kesukaan anda.
* Sayur kobis juga boleh ditukar ke sayur-sayuran yang lain mengikut cita rasa anda.


Resipi asli daripada bapa saya (Geng Bas Sekolah Cik Anum). 

Selamat mencuba..... =)