Friday, June 21, 2013

Bubur Pulut Hitam





Bahan - bahan :
> 550 gram Beras Pulut Hitam
> 2 kotak kecil santan
> 2 helai daun pandan
> 2 cawan Air
> Gula pasir secukup rasa
> 1/2 sudu kecil garam


Cara - cara memasak :

1) Rendamkan beras pulut hitam semalaman supaya ia nya lembut & tidak memerlukan masa yang lama untuk ianya lembut semasa ia direbus.

2) Masukkan beras tersebut & air mengikut sehingga pulut lembut.















3) Masukkan gula, garam, daun pandan & santan, kacata sehingga ia mendidih.















4) Masak sehingga pekat mengikut keinginan anda & tambah air sekiranya ia nya terlalu pekat. Kemudian sedia untuk dihidang.


Hidangan tambahan :

1) 2 biji santan pekat di masak dengan sedikit garam & gula sehingga mendidih. Santan ini boleh di campurkan mengikut keinginan anda dengan hidangan bubur pulut hitam di atas semasa hendak di makan. Ianya untuk menambah rasa lemak nya bubur pulut hitam itu.

2) Durian juga boleh dimakan bersama dengan bubur pulut hitam yang telah siap bagi mendapatkan bubur pulut hitam berperisa durian.



P/s :
* Tambah air sekiranya bubur tersebut menjadi terlalu pekat.
* Gula pasir boleh digantikan dengan gula melaka bagi mendapatkan rasa kemanisan yang asli.


Resipi asli Chef Anum (Geng Bas Sekolah Cik Anum).

Selamat mencuba ya =)

No comments:

Post a Comment