Wednesday, July 24, 2019

Kuey Teow Goreng Basah Paling Mudah


Kuey Teow Goreng Basah




Bahan-bahan:

500g kuey teow
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat / manis
10 ekor udang dibuang kepala
1 biji telur dipukul
2 cawan air
hirisan daun kucai
serbuk perasa



Cara-cara:

Kuey teow dicelur dengan air panas & ditoskan




Tumis bawang besar & putih sehingga garing. 
Kemudian masukkan cili boh & masak sehingga garing. 




Masukkan sos tiram, sos cili & kicap pekat. Kacau rata & masukkan udang. 
Kemudian masukkn 2 cawan air & masak sehingga mendidih. 





Masukkan telur & kacau rata. Kemudian masukkan kuey teow. 





Masukkan daun kucai & serbuk perasa. Kacau rata & sedia untuk dihidang. 



Selamat mencuba =).

Friday, July 19, 2019

Ikan Siakap Goreng Sos Halia Mudah Sangat


Ikan Siakap Goreng Sos Halia




Bahan-bahan:

A)
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
tepung jagung
garam

B)
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia (ikut suka nak letak banyak mana)
1 biji lada benggali (dipotong panjang atau dadu & boleh campur warna ikut suka)
6 biji tomato ceri (boleh guna tomato merah)
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air (ikut suka nak kuah banyak mana)
serbuk perasa (jika perlu)



Cara-cara:


A) Goreng Ikan Siakap

1. Lumurkan tepung jagung & sedikit garam ke atas ikan. Perapkan seketika.

2. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing atau separa garing.

3. Angkat dan ke tepikan.



B) Sos Halia

1. Kisar bawang besar, bawang putih & halia.

2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air, sos tiram & kicap manis. Kacau sebati sehingga mendidih.

4. Masukkan serbuk lada hitam & kacau rata.

5. Masukkan bahan sampingan iaitu lada benggali & tomato ceri (boleh tambah dengan daun sup, hirisan halia & kobis bunga). Kacau rata.

6. Masukkan serbuk perasa mengikut citarasa anda & kemudian masukkan ikan siakap yang telah digoreng. Ratakan kuah ke atas ikan, tutup api & sedia untuk dihidang.

*p/s: ikan siakap boleh dimasukkan ke dalam sos sekali atau pun diasingkan dengan mencurahkan kuah ke atas ikan apabila hendak dihidangkan.



Saya buat kali ini bahan agak terhad, jadi kita gunakan apa yang ada sahaja hihi...
Kalau rasa nak bagi kuah sedikit pekat, boleh tambahkan sikit dengan tepung jagung sedikit. 

Apa2 pun, selamat mencuba ya =).

Spaghetti Oglio Mudah untuk anak2

Spaghetti Oglio




Bahan-bahan:

1 paket (500g) Angel Hair (Brand Kimball)
1 cawan air rendaman spaghetti
10 ekor udang (dibuang kulit)
3 ekor sotong saiz besar (dibuang kulit & dipotong segi empat)
4 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
8 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 biji tomato ceri (atau 1 biji tomato merah)
1/2 biji lada benggali merah/kuning (dipotong panjang dalam 3cm atau dadu)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk daun pasley
serbuk parmesan cheese (tak ada pun tak apa)
serbuk perasa mengikut citarasa
serbuk lada kering (untuk yang suka pedas)

*p/s: Disarankan menggunakan non-stick pan semasa menggoreng.



Cara-cara:

1. Masukkan angel hair ke dalam air panas yang mendidih. Masukkan 1 sudu kecil garam. Biarkan selama 5 minit & kemudian angkat ditoskan airnya. Titiskan sedikit olive oil supaya spaghetti tidak melekat. Jangan rendam spaghetti sampai terlalu kembang, nanti cepat hancur semasa menggoreng.

2. Panas minyak zaitun. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk cili & serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau tetapi jangan terlalu lama, takut pahit.

3. Masukkan udang & sotong, goreng sehingga udang & sotong masak.

4. Masukkan spaghetti, lada benggali & tomato ceri. Tambahkan sedikit air rendaman spaghetti sekiranya terlalu kering. Gaul sebati sehingga lada benggali sedikit layu. Tambahkan serbuk perasa mengikut selera anda.

5. Taburkan serbuk daun pasley & parmesan cheese (cheese boleh diletak semasa menggoreng atau semasa dihidang dalam keadaan hangat). Gaulkan sehingga sebati & tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

6. Sekiranya suka pedas, boleh taburkan serbuk cili kering di akhir sekali sebelum api ditutup.


Maaf, gambar tak sempat nak snap sebab nak cepat hahaha...
Selamat mencuba ya =). 


Lempeng Cheese Gulung Mudah dan Sedap


Lempeng Cheese Gulung



Bahan-bahan:

*2 cawan tepung gandum
*2 1/2 cawan air
*1 biji telur
*1 sudu kecil garam
Mozarella cheese untuk ditabur
Gula untuk ditabur
Susu Pekat untuk tambahan manis


Bancuh semua bahan bertanda *
Pastikan tidak ada ketulan-ketulan tepung. 



Panaskan pan & oleskan sedikit minyak dengan menggunakan api yang sederhana. 
Jangan sampai minyak bertakung. 
Saya gunakan 2 senduk nasi untuk sekali masak & ratakan menjadi bentuk bulatan. 
Masak dalam 1-2 minit, kemudian terbalikkan. 



Taburkan gula & mozarella cheese. Mozarella cheese saya potong halus sebab tak ada tempat pengisar cheese. 
Kemudian, tutup pan dengan penutup supaya gula & cheese lebih cepat cair. Biarkan selama 2-3 minit & boleh diangkat. 



Gulungkan lempeng sementara cheese masih hangat supaya ianya melekat & tidak terbuka. 
Agak panas tapi saya cuba gulung sedikit demi sedikit. 
Akhir sekali, tuangkan sedikit susu pekat mani untuk pemanis. Kalau tak suka manis, tak perlu pun tak apa. Sedia untuk dihidang. 


Hidangan ini sesuai untuk kanak2 sebagai sarapan pagi atau minum petang. 
Anak2 saya memang suka yang amat sebab ada cheese kan & rasa pun lemak manis gitu.

Selamat mencuba ya =).