Friday, July 19, 2019

Spaghetti Oglio Mudah untuk anak2

Spaghetti Oglio




Bahan-bahan:

1 paket (500g) Angel Hair (Brand Kimball)
1 cawan air rendaman spaghetti
10 ekor udang (dibuang kulit)
3 ekor sotong saiz besar (dibuang kulit & dipotong segi empat)
4 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
8 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 biji tomato ceri (atau 1 biji tomato merah)
1/2 biji lada benggali merah/kuning (dipotong panjang dalam 3cm atau dadu)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk daun pasley
serbuk parmesan cheese (tak ada pun tak apa)
serbuk perasa mengikut citarasa
serbuk lada kering (untuk yang suka pedas)

*p/s: Disarankan menggunakan non-stick pan semasa menggoreng.



Cara-cara:

1. Masukkan angel hair ke dalam air panas yang mendidih. Masukkan 1 sudu kecil garam. Biarkan selama 5 minit & kemudian angkat ditoskan airnya. Titiskan sedikit olive oil supaya spaghetti tidak melekat. Jangan rendam spaghetti sampai terlalu kembang, nanti cepat hancur semasa menggoreng.

2. Panas minyak zaitun. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk cili & serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau tetapi jangan terlalu lama, takut pahit.

3. Masukkan udang & sotong, goreng sehingga udang & sotong masak.

4. Masukkan spaghetti, lada benggali & tomato ceri. Tambahkan sedikit air rendaman spaghetti sekiranya terlalu kering. Gaul sebati sehingga lada benggali sedikit layu. Tambahkan serbuk perasa mengikut selera anda.

5. Taburkan serbuk daun pasley & parmesan cheese (cheese boleh diletak semasa menggoreng atau semasa dihidang dalam keadaan hangat). Gaulkan sehingga sebati & tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

6. Sekiranya suka pedas, boleh taburkan serbuk cili kering di akhir sekali sebelum api ditutup.


Maaf, gambar tak sempat nak snap sebab nak cepat hahaha...
Selamat mencuba ya =). 


No comments:

Post a Comment